Posts

Showing posts from 2014

4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita

Image
Berubah itu mudah. Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah. Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita. Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita. “ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..” ” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..” menjatuhkan semangat Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat. Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB. BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah” Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini. Don’t simply surrender. Jihad ini sememangnya suk

15 Sebab Perlu Kahwin Muda

Image
Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang bera ni menyahut seruan ini? Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya : 1. Sudah ada yang berkenan di hati. Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang heba

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

Image
GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki. Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa y ang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik. Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri. PERANAN BAPA Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep &#

Sedang Couple, Perlukah Putus?

Image
Di suatu hari, lepas solat Jumaat, seorang junior menemui seniornya. Junior:   Bro, saya nak tanya sesuatu boleh? Senior:   Ya, silakan. Junior:   Seandainya saya ada dosa sebesar dunia, kemudian saya bertaubat. Adakah dosa-dosa tersebut akan diampuni oleh Allah? Senior:   InsyaAllah, segalanya mungkin dengan izin Allah. Taubat ertinya bukan sekadar solat taubat, tetapi meninggalkan perbuatan dosa tersebut tanpa mengulanginya lagi di masa depan. Sungguh-sungguh menginsafi sampai kiamat. Junior : Baik. Saya sebenarnya ada teman wanita. Couple la dengan kata lain. Jadi, adakah berdosa perbuatan saya tu? Jika berdosa, adakah kami perlu putuskan hubungan kami? Senior:   Berdosa atau tidak sebenarnya orang yang bercinta lebih mengetahui apa yang mereka buat bersama-sama ketika bercinta. Betul tak? Tak perlulah saya yang klasifikasikan dosa itu, dosa ini. Orang yang bercinta ni bukan semuanya jahil. Majoritinya cerdik pandai, tahu agama. Tahu beza halal hara

7 Punca Kenapa Boleh Jadi Pelupa

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya kita sering terlupa untuk mengingati sesuatu tetapi tidak tahu kenapa boleh terjadi sedemikian. Perkara ini tidak hanya terjadi kepada golongan tua, malah golongan muda juga sering mengalami gejala ini. Ini antara 7 punca kenapa boleh jadi pelupa:- Tweet Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya kita sering terlupa untuk mengingati sesuatu tetapi tidak tahu kenapa boleh terjadi sedemikian. Perkara ini tidak hanya terjadi kepada golongan tua, malah golongan muda juga sering mengalami gejala ini. Ini antara 7 punca kenapa boleh jadi pelupa:- 1) Rehat yang kurang Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat. Oleh itu, pertajam daya   ingatan   dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Haa..ni ada satu kisah adakah salah seorang wanita itu tidak tahu   memasak ? jam baca entri ni.. Kalau perempuan tidak boleh   memasak , dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar   memasak   sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. “Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak   tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelak

Konvensyen Cinta Dambaan Syurga 2014, UTM - Forum "Kontroversi Cinta" (S...

Image

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah

Image
6080   Email Share Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. 1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan

Ceritera Seorang Pemuda

Image
Kisah bermula di sebuah kampung..Dilihat seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid. Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia sekali lagi bangkit membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah dia sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab: “Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’ Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya

Golongan VIP Di Akhirat

Image
1 in Shar Rasulullah s.a.w menjelaskan suatu keadaan yang amat menggerunkan pada hari Kiamat dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ; “ Didekatkan matahari pada hari Kiamat kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (samada ukuran sekarang atau akhirat), maka ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada di kalangan mereka yang mengharungi peluhnya sekadar buku lali, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke pinggang dan ada yang sampai ke mulutnya (sambil baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya).” ( Muslim & Tarmizi ) Pada saat ini, manusia mencari-cari tempat berteduh untuk berlindung daripada kepanasan tersebut. Segala harta kekayaan ketika di dunia dahulu sudah tidak dapat berfungsi kecuali yang telah dibelanjakan dengan cara yang diredhai oleh Allah. Walaubagaimanapun ada golongan ‘VIP’ tertentu yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapat ‘grand stand’ ber

Kisah Malaikat Kecil

Image
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa

Doa seorang wanita tua.

Image
Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan. Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat. Beliau pergi ke bilik peneran gan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?" Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam." Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad. Se

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Image
2302   Email Shar Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7) Jodoh   adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah   jodoh   kita : 1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak