Posts

Showing posts from December, 2014

4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita

Image
Berubah itu mudah. Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah. Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita. Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita. “ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..” ” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..” menjatuhkan semangat Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat. Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB. BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah” Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini. Don’t simply surrender. Jihad ini sememangnya suk

15 Sebab Perlu Kahwin Muda

Image
Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang bera ni menyahut seruan ini? Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya : 1. Sudah ada yang berkenan di hati. Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang heba

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

Image
GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki. Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa y ang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik. Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri. PERANAN BAPA Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep &#

Sedang Couple, Perlukah Putus?

Image
Di suatu hari, lepas solat Jumaat, seorang junior menemui seniornya. Junior:   Bro, saya nak tanya sesuatu boleh? Senior:   Ya, silakan. Junior:   Seandainya saya ada dosa sebesar dunia, kemudian saya bertaubat. Adakah dosa-dosa tersebut akan diampuni oleh Allah? Senior:   InsyaAllah, segalanya mungkin dengan izin Allah. Taubat ertinya bukan sekadar solat taubat, tetapi meninggalkan perbuatan dosa tersebut tanpa mengulanginya lagi di masa depan. Sungguh-sungguh menginsafi sampai kiamat. Junior : Baik. Saya sebenarnya ada teman wanita. Couple la dengan kata lain. Jadi, adakah berdosa perbuatan saya tu? Jika berdosa, adakah kami perlu putuskan hubungan kami? Senior:   Berdosa atau tidak sebenarnya orang yang bercinta lebih mengetahui apa yang mereka buat bersama-sama ketika bercinta. Betul tak? Tak perlulah saya yang klasifikasikan dosa itu, dosa ini. Orang yang bercinta ni bukan semuanya jahil. Majoritinya cerdik pandai, tahu agama. Tahu beza halal hara

7 Punca Kenapa Boleh Jadi Pelupa

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya kita sering terlupa untuk mengingati sesuatu tetapi tidak tahu kenapa boleh terjadi sedemikian. Perkara ini tidak hanya terjadi kepada golongan tua, malah golongan muda juga sering mengalami gejala ini. Ini antara 7 punca kenapa boleh jadi pelupa:- Tweet Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya kita sering terlupa untuk mengingati sesuatu tetapi tidak tahu kenapa boleh terjadi sedemikian. Perkara ini tidak hanya terjadi kepada golongan tua, malah golongan muda juga sering mengalami gejala ini. Ini antara 7 punca kenapa boleh jadi pelupa:- 1) Rehat yang kurang Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat. Oleh itu, pertajam daya   ingatan   dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Haa..ni ada satu kisah adakah salah seorang wanita itu tidak tahu   memasak ? jam baca entri ni.. Kalau perempuan tidak boleh   memasak , dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar   memasak   sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. “Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak   tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelak