Saya Memang Bukan Budak Agama, Tapi Saya Mahu beragama
Mujahadah. Entah anda setuju atau tidak. Tapi ada kebenarannya. Realiti kehidupan adalah perlu survive diri sendiri. Jgn harap org lain ubah kita. Tapi kitalah yang ubah diri kita sendiri. Cumanya, beza orang yang ada asas tarbiyyah agama (dari sekolah agama) dengan tidak; andai seseorang yang ada asas agama kemudian berubah jadi individu yang teruk, suatu hari kerana asas agama itu jugalah yg akan bawa dia pulang ke pangkal jalan . credit : – Muhammad Rusydi - Saya Memang Bukan Budak Agama Ya. Saya bukan budak agama, bukan sekolah aliran agama. Saya akuinya. Jadi, saya setuju pada pendapat saudara Muhammad Rusydi kita itu. Sebenarnya, jika di sekolah aliran biasa, mujahadah itu AMAT diperlukan. Amat-amat. Saya tak tahu apa yang ada di sekolah agama, tapi nama pun sekolah agama, tentulah ISLAM 24 jam diamalkan, secara sukarela atau terpaksa! Saya tahu tu, dan kalian-kalian juga perlu akuinya. Tidaklah saya nak kata sekolah biasa itu teruk atau sekular.