Posts

Showing posts from July, 2013

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Image
Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:- Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat un tuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan o

Kenali Syiah

Image
Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal terus tak suka.. 23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah: 1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat. 3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud. 4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali. 5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir. 6.Menghalalkan nikah mut’ah 7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi. 8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim. 9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum

CERPEN COKLAT CINTA

Image
Terkebil-kebil mataku membaca pamplet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat. Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus tidak! Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsia di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!! Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie's Lounge yang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan. Pandangan mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kel

Kisah yang menyayat hati

Image
[HARUS BACA] Kisah yang menyayat hati . . . Isteri : Abg , jemput syg malam ni boleh ? Suami : Kenapa nak kena jemput pula . Selalunya kan syg naik bas kan ? Isteri : Syg ada "SURPRISE" untuk abg . Syg tunggu abg dekat bus stop depan office ok ? Suami : Abg banyak kerja . Menyusahkan betul . Lagi 25 minit baru abg sampai ! *Suami terus matikan telefon* 2 JAM kemudian , suami sampai , lihat isterinya TIADA di tempat yang dijanjikan . Tanpa fikir panjang , dia terus PULANG . Setibanya di rumah , dia melihat ramai orang di rumahnya . Ibu mertuanya terus melulu ke arahnya . Ibu : Kau pergi mana haa !? Isteri kau dirogol & dibunuh . Dia minta kau jemput dia . Tapi kematian yang menjemputnya ! Suami terduduk meratapi mayat isterinya lalu dia membuka telefon bimbitnya . Terdapat 3 SMS daripada isterinya . Sms yang pertama : 9:55 - Abg lambat lagi ke ? Sms yang kedua : 10.05 - Syg sebenarnya nak buat kejutan ulang tahun perkahwinan kita :') Sms

Kisah Lucu Syeikh Dr al-’Arifie

Image
Seorang pemuda menelefon syeikh Dr al-’Arifie(siaran langsung tv) .. Pemuda itu berkata: wahai syeikh,aku telah bertaubat,alhamdulillah,tetapi aku tidak mampu melupakan kekasihku.. Syeikh berkata kepadanya: Berdoalah dengan doa-doa semoga engkau melupakannya.. Pemuda: Ajarkanlah aku beberapa doa.. Kata Syeikh: Bacalah : اللهم إجعل في قلبي إيمان و في سمعي إيمان و في بصري إيمان و في طريقي إيمان ” Ya Allah,jadikanlah dalam hatiku IMAN,dan pada pendengaranku IMAN,dan pada penglihatanku IMAN,dan pada jalanku IMAN…” Maka pemuda itu memberhentikan percakapan syeikh dan menyampuk: Ya Syeikh,tapi nama kekasihku tu “iman”.. Maka tergelaklah Syeikh sehingga sesi penggambaran terpaksa dihentikan…

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Image
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat. Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudi

Ku Sangka Orang Gila

Image
......26 May 2011... Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap. Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pe

Aurat: Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

Image
aurat Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat . Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat . Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat . Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini. 1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh? ”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tin

Langkah Untuk Berubah: Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

Image
Langkah Untuk Berubah: Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh untitled 41 by ~shinsenfreak Beberapa hari lepas, usai solat berjemaah di masjid universiti, saya duduk merehatkan badan sebelum pergi menelaah di perpustakaan. Sambil rehat-rehat, ada kawan menegur. Kemudian datang kelompok kawan-kawan yang lain. Wah ramai juga yang tak balik rumah walaupun sedang cuti study week. Lalu berbicaralah kami dengan bermodalkan beberapa isu yang kian hangat; dari hal remeh seperti lampu jalan di sekitar universiti yang sudah lama rosak hinggalah kepada isu negara seperti kekecohan pra-kempen sebelum pilihan raya. Sempat juga diselitkan hal-hal wanita, memandangkan kebanyakannya sudah tahun akhir maka hal jodoh – jodoh mungkin lebih dekat. Seorang rakan (yang baru saya kenali di situ) melampiaskan kekecewaannya. Katanya kerana pengaruh ‘ayat-ayat cinta islamik’ yang kian bertebaran di Facebook menyukarkan dia untuk mencari jodoh yang memahami. Mana tidaknya, dia mengutara

Kecantikan Lelaki & Kekuatan Wanita

Image
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki? Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:- 1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan. 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran. 3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun. 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada. 5) Lelaki yang baik sangka. 6) Lelaki yang tak pernah putus asa. Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki… Dan dimana Kegagahan Wanita? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan. 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan . Kegagahan p

Izinkan Abang Nikah Sorang Lagi…

Image
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi ,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, s

HIKMAH

Image
friends by iamkimji (devianart) “sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6) Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur. Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa . Serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata, “ takpe, aku okay. terima kasih ye ” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri. Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri. Kenapa aku diuji? kenapa, AKU? Lalu, masa

Couple vs Bercinta

Image
 Couple Haram? Ada antaranya yg menjatuhkan hukuman bahawa bercouple itu hukumnya haram.. benarkah begitu?  Sebenarnya hukum bagi setiap perkara yg tiada kaitan dengan ibadah adalah harus.. sehingga datang dalil yang mengharamkannya.. Bermakna hukum bercouple juga adalah harus dari sudut asalnya.. Sebab memang manusia dijadikan untuk berkapel2 pun (atau dalam bahasa yg lebih Islamik sket – berpasang2an).. Cuma pemikiran kita pada hari ini terus menerjah kapel itu dengan gambaran lelaki dan perempuan yang belum bernikah, jalan berpegangan tangan sambil membuat aksi kucing (cakar mencakar, garu menggaru.. jilat menjilat dsb).. sebenarnya couple itu lebih luas maksudnya..  Kalau couple yang telah bernikah, maka tiada persoalan dosa pada perhubungan itu.. Cuma bila dikhususkan pada couple remaja (pasangan remaja) yg belum bernikah, tapi lagaknya mcm orang yang dah beranak.. salam cium tangan, cium pipi, panggilan mama papa (ntah bila beliau beranak pun tak tahu) dsb yang bi

AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! (Kisah Benar)

Image
Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang