Aurat: Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat
Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat?
Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung?
Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat?
Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh.
Dan
artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat
muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin
sendiri yang mendedah aurat.
Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah
anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat?
Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda?
Jadi,
perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah
semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki.
Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).
Apakah
anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup
aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu,
sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama
sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan
mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi
bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis
dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal
dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu
sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik
darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka
melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah
atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
.
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt
dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk
menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka
atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri.
Sama
seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua
arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas
atau tidak, terpaksa atau tidak.
Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu
diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa
ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun
tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana
secara zahirnya.
ATAU kata
lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak
melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak
mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika
dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU
HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi
Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia
berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain,
seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat,
ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang
melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan
sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin
berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara
tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu
lagi.
.
“Katakanlah
kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan
kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali
kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang
‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu
beruntung.” - surah an-Nur ayat 31
Comments
Post a Comment