Posts

Showing posts from November, 2013

Saya Memang Bukan Budak Agama, Tapi Saya Mahu beragama

Image
Mujahadah. Entah anda setuju atau tidak. Tapi ada kebenarannya. Realiti kehidupan adalah perlu survive diri sendiri. Jgn harap org lain ubah kita. Tapi kitalah yang ubah diri kita sendiri. Cumanya, beza orang yang ada asas tarbiyyah agama (dari sekolah agama) dengan tidak; andai seseorang yang ada asas agama kemudian berubah jadi individu yang teruk, suatu hari kerana asas agama itu jugalah yg akan bawa dia pulang ke pangkal jalan . credit : – Muhammad Rusydi - Saya Memang Bukan Budak Agama Ya. Saya bukan budak agama, bukan sekolah aliran agama. Saya akuinya. Jadi, saya setuju pada pendapat saudara Muhammad Rusydi kita itu. Sebenarnya, jika di sekolah aliran biasa, mujahadah itu AMAT diperlukan. Amat-amat. Saya tak tahu apa yang ada di sekolah agama, tapi nama pun sekolah agama, tentulah ISLAM 24 jam diamalkan, secara sukarela atau terpaksa! Saya tahu tu, dan kalian-kalian juga perlu akuinya. Tidaklah saya nak kata sekolah biasa itu teruk atau sekular.

7 Sifat Syaitan Yang Patut Dicontohi

Syaitan dan manusia pada dasarnya 2 makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pada umumnya pasti benci kepada syaitan kerana sifat jahatnya. Namun, pada sifat-sifat jahat ini ternyata ada beberapa sifat syaitan yang patut dicontohi. Cekidaut!!~~ 1. Pantang menyerah Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT. 2. Kreatif Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal). 3. Konsisten Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerj

Doa Nabi-Nabi Dalam Al-Quran.

Doa Nabi Adam AS قَا لَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ  “Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23) Doa Nabi Nuh AS  قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ  “Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47) Doa Nabi Hud AS  إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ  ”Sesungguh

"Jazakallah Khairan" (dan Bagaimana Menjawabnya)

Image
"Barang siapa tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada Allah." Kalimat ini adalah terjemahan dari hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad -nya. مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ Barang siapa tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada Allah (HR. Ahmad, dishahihkan oleh Al-Albani) Ada hadits lain yang senada dengan hadits di atas, yang juga berderajat shahih. لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ Tidak bersyukur kepada Allah, siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad. Dishahihkan oleh Al-Albani) Diantara bentuk paling mudah dari berterima kasih adalah melalui ucapan. Minimal, melalui ucapan itulah seseorang berterima kasih kepada orang lain atas kebaikan yang telah ia berikan. Baik kebaikan itu berupa pertolongan, pemberian, maupun dukungan baik materi maupun non materi. Membudayakan berterima kasih, d

Halalkan Cintamu

Image
Nadia : Assalamualaikum,dah lama ke sampai? Syifa : Waalaikumussalam warakhmatullah.Tak lah lama sangat. Di tangan Syifa,terdapat sekeping surat merah jambu yang dilipat berbentuk ‘love’. Nadia : Surat ape tu,Syifa? Dari SA (secret admirer) ke? Syifa : A’ah! Makin lama makin kerap pulak dia bagi surat. Gembira pun ada.Rasa macam diri nie dihargai sangat. Nadia : Syifa dah terjatuh cinta dengan dia ker? Walaupun tak kenal dia tu siapa? Syifa : Malulah nak jawab.Hanya ALLAH yang tahu perasaan nie. Aku pasti dia nie baik pasal dia selalu ambil berat tentang aku. Nadia : Kau kena ingat satu perkara Syifa.Bila kau dah jatuh cinta dengan someone,makin kuat kau kena jaga hati kau sendiri dari saling mengingati satu sama lain. Syifa : Alah, aku bukannya pernah jumpa dia.Tengok muka pun tak, macam mana pulak aku nak imagine wajah dia. Nadia : Hurm… harga saham cinta dah jatuh ker? Syifa : ……. ********** Sue : Syifa,jom! Tak nak balik ker? Syifa : Takpe,ko

Demi Cinta Yang Suci

Image
Demi Cinta Yang Suci Aisyah Shakirah menghayun langkah dengan laju menuju ke asramanya yang terletak di Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Kebangsaan Malaysia. Air mata yang bergenang di tubir mata jatuh lagi. Allah! Kenapalah aku ditakdirkan untuk bertemu dengannya setelah sekian lama kami terpisah. Muhammad Afiq Rayyan. Namanya tidak asing lagi dengan diari hidup Aisyah Shakirah kerana mereka pernah menjalinkan hubungan yang istemewa suatu masa dahulu ketika masing-masing sedang menuntut di alam persekolahan. Namun, setelah ditarbiyah mereka mulai sedar bahawa Islam tidak membenarkan lelaki dan wanita yang bukan ajnabi mempunyai hubungan istemewa selagi akad belum dilafazkan. Seingatnya, setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, dia mendapat khabar berita yang lelaki itu akan menyambung pelajarannya di Royal College of Surgeons, Ireland dalam jurusan perubatan sama sepertinya. Lantas, Aisyah Shakirah mencari Samsung Galaxy SIII yang disimpan di

Tak Percaya Ujian Itu tanda Allah Cinta Kita?

Image
“Hasbunallah wa ni’mal wakil Ni’mal maula wa ni’man nasir Hasbunallah wa ni’mal wakil Ni’mal maula wa ni’man nasir” Lagu : Hasbunaallah [ Yoga Al Ghazali ft. Ajeng ] Dalam kita meniti kehidupan di dunia yang sementara ini, setiap dari kita pasti tidak akan lepas dari menempuh sebarang ujian. Anda percaya atau tidak, ujian ini adalah tanda Allah cinta kita, buat kita semua? “ Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. “   ( Al Ankabut 2-3) Nah.. Jelas bukan? Allah menguji kita kerana DIA ingin jadikan kita orang yang beriman. Tidak inginkah kita menyahut cabaran hebat dari Alla

Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah

Image
Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah Menjejak usia ke 20 an, tidak lari dan tidak lain tidak bukan, soalan yang pasti kedengaran, “ bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”. Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pelbagai jenis bentuknya. Pasti. Peluh besar. Sejak akhir-akhir ini juga kita sering di dedahkan dengan berita-berita mereka yang bertemu jodohnya awal di laman-laman sosial . Khususnya facebook. Lagi bertambah-tambah ujiannya apabila tidak ketinggalan apabila ada antara yang menjadi pemerhati di situ mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah, walaupun tidak berkemampuan lagi. Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan. Bukanlah menjadi kesalahan sebenarnya. Kerana itu mungkin hak privasi mereka yang suka untuk berkongsi dengan masyarakat umum. Nasihat bu

Rasulullah s.a.w dan Kucingnya

Image
Kisah Rasulullah dan Kucingnya, Mueeza Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, dikala Rasulullah hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Rasulullahi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. Dalam peristiwa lain, setiap kali Rasulullah menerima tetamu di rumahnya, Rasulullah selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Rasulullah sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabat, Rasulullah selalu berpesan untuk meny

Khas Buat wanita Yang Sedang Bersedih : Wanita Dan Hidayah Dari Allah

Image
Bersedih Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa?? Fikir itu dengan menggunakan akal dan rasa itu melalui hati ~ Nur ~ Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya?? Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut. Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya. Bersedih, bersedih dan bersedih Bersedih Ketahuilah muslimah, Hati itu pengawal keseluruhannya.Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu,insyaalah baiklah keseluruhannya. Seringkali akal gagal untuk memandu hati.Kerana itu bersihkanl