Kisah Mak Nyonya dengan kucing merempat
Biasalah banyak kucing buangan di setiap pasar. Manusia jadikan pasar tempat untuk membuang kucing yang mereka tak mahu pelihara. Mungkin mereka rasa di pasar banyak ikan, maka kucing-kucing tu mudah mendapat makanan di situ.
Tetapi rasa tidak begitu. Anak saya menulis dalam facebook melalui pengamatannya seperti berikut :
Pertemuan berlaku di Pasar Gunung Rapat.. Sewaktu saya menunggu ejen yang uruskan tentang ambil lesen, terdapat beberapa ekor kucing..
Comel sangat.. Geram sangat, tapi saya cuma ambil gambar kucing-kucing tu saja.. Saya tak belai, tak apa, sebab saya pernah alah dengan bulu kucing dulu..
Tiba-tiba, datang seorang makcik cina.. Naik motor dan bawa bakul pasar.. Dia berhenti depan saya dan cuba panggil semua kucing pasar..
Saya pelik.. Selepas itu, dia keluarkan nasi goreng dalam bakul dia dan dia beri pada kucing-kucing tersebut.. Saya tersenyum, berusaha menahan tangisan.. Tangisan sayu kerana mengenang nasib kucing tersebut dan tangisan malu..
Malu, sangat malu.. Islam menyuruh kita melayan semua makhluk Allah dengan baik.. Tapi saya tidak mampu lakukan.. Tanpa perlu saya mulakan perbualan, makcik tu bercerita..
Setiap hari, dia akan datang 2 kali sehari untuk bagi semua kucing tu makan.. Dan dia beritahu saya untuk boikot beberapa gerai kat situ sebab mereka kejam kepada kucing..
Dia juga beritahu dia pernah nak tolong seekor anjing,tetapi ada seorang lelaki melayu( sedang memandu) marah dan memandu kereta sampai nak langgar anjing tu.. Dia tak bagi makcik ni tolong anjing tu, tengking..
Rasanya hanya orang yang tak berperasaan yang tak malu waktu tahu tentang perkara ini.. Jadi, saya pun terangkan bagaimana sebenarnya Allah menyuruh kita melayan haiwan.. Hmm.. Malu sangat.. Sampai saat ni saya masih malu..
p/s: Memberi makan pada setiap yang bernyawa ada pahalanya. Bersedekahla pada yang memerlukan.
Comments
Post a Comment