Dalam Hati Siapa Yang Tahu
Dalam hati
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
siapa yang dapat menyelami seberapa
dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah
dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia
sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
Hati,
tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati
kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di
dalam hati.
Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.
Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak
perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita
bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan
kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka
mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita
bersedih.
Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel,
jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang
mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada
di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang
begitu bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di
sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat
dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.
Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan,
kesenangan dan suka cita.
Tetapi
sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana
kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang
sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia
bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?
Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum
kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga
masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang
tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah &
tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.
Kita ingin
menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah
dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita
mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini.
Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini
ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak
ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.
Ya Rabb…Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir
Semua
datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku
serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi
setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya
Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku
memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin
Allahumma Amin
Comments
Post a Comment