Posts

Showing posts from 2015

Burung Tiong dan Sakaratul Maut

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته                      Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sehingga kini kita masih lagi diberi kenikmatan untuk terus beribadah kepadaNya. Selawat dan salam diutuskan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat baginda.           InsyaAllah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah cerita yang mungkin ada di antara kita sudah pernah mendengarnya. Namun, jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran dan muhasabah diri yang terbaik buat diri kita. Selamat Membaca! **********           Seorang guru agama sering bermain-main dengan seekor burung tiong yang tinggal di anjung rumahnya itu sejak kecil dan amat jinak dengannya. Selepas terbang mencari makan, burung itu kembali ke anjung rumah guru itu.           Guru itu selalu menyebut kalimah syahadah dan akan diikuti oleh burung itu. Guru tersebut terhibur dengan gelagat dan kepetahan b

KETAHUI RAHSIA TARIKH LAHIR ANDA DAN PASANGAN

Image
, Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Mengungkap rahsia tarikh lahir dengan menggunakan kaedah Sains Metafizik dengan  ketepatan sehingga 90%. Percayakah anda, tarikh lahir anda menceritakan segalanya. Jom ketahui Rahsia Tarikh Lahir anda melalui kaedah sains metafizik dibawah. Teruskan membaca..... Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah. 1. Pemimpin 2. Lembut 3. Kemas (Cerewet) 4. Rajin 5. Boleh berbincang 6. Angin 7. Patuh 8. Bisnes 9. Glamour Contoh: 30 11 2010 3 + 0 = 3 Maka kotak pertama adalah 2.. Kemudian campurkan kesemua nombor.. 3 + 0 + 1 + 1 + 2 + 0 + 1 + 0 = 8 Maka kotak kedua adalah 8.. Jika hasil diatas dicampur lebih daripada 9 Contoh hasil campur dapat jumlah 12 Cara pengiraan dia: 1+2=3 [ini adalah contoh jika angka dicampur lebih dari no.9] Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 3 + 8 = 11 Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 m

15 TEMPAT PERCUTIAN DI MALAYSIA YANG WAJIB ANDA PERGI

Image
1. Tubotel Langkawi Tubotel Langkawi menawarkan suasana yang berbeza dengan hotel dan resort di Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel seolah-olah seperti rakan yang sudah kenal lama. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut disediakan. Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran. 2. Tanah Aina Fahad Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan di ban

4 CARA MENJEMPUT JODOH DENGAN YAKIN OLEH USTAZ YUSUF MANSUR

Image
Artikel ini membantu individu bujang yang ingin dan sedang menjemput jodoh. Ia adalah artikel yang saya tulis semula daripada menonton video Cara Cepat Dapat Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur dalam rancangan Wasata Hati.  Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang. Bahasa lain, design our destiny. Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju. Tiada matlamat utama yang ingin dicapai. Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah. Kita salahkan Allah, “ Kenapa Kau beri aku begini ?” Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa. Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan. Ada pepatah, “Jika kamu gagal merancang, beerti kamu merancang untuk gagal.”  3 Sebab Mengapa Tiada Impian Terlalu kuat bekerja Kesibukan Mempunyai jadual yang padat … sehingga lupa umur semakin meningkat ke arah umur 40 tahun. Sebaiknya kita

4 CARA PEREMPUAN MENCABAR NAFSU LELAKI TANPA DISEDARI

Image
Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali. Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa? Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke? Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa. Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual. Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki? Bagaimana? Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut! Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,l

Cara-cara memikat hati bakal ibu mertua

Image
Menjadi orang baru di dalam sebuah instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut Memikat hati mertua bukanlah semudah yang anda sangkakan. Terutamanya hati ibu pasangan anda. Lebih memeningkan jika pasangan anda itu merupakan anak pertama/sulung atau anak tunggal. Menjadi orang baru di dalam sebuah instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut rentak anda sahaja. Maklumlah, kita bukan sahaja berkahwin dengan anaknya sahaja, tetapi kita turut serta berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya. Di sini, admin akan kongsikan tips untuk anda memikat hati bakal ibu mertua anda. Tips pertama adalah kenali rentak ibu pasangan anda. Risiklah apa yang perlu daripada pasangan anda. Contohnya seperti minat mereka. Jika ibu pasangan anda minat memasak, cuba luangkan masa anda untuk mencuri be

5 Panduan Menyimpan Duit Untuk Berkahwin

Image
Kita ni yang berdarah muda, segala perkara ingin dicuba, ingin dibuatnya. Orang tua-tua kata, tak menyempat. Pada usia ini, kita membuat sesuatu perkara tergesa-gesa tanpa berfikir. Ada positif dan negatif disebalik tindakan anda itu. Bagus yang anda mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba pelbagai perkara. Akan tetapi, melangkah masuk zaman perkahwinan ini bukanlah perkara main-main. Ingin di ingatkan, dalam perkahwinan tiada “trial and error." Bagi kebanyakan kaum wanita, bila tengok anak buah atau baby-baby comel. Terdetik di sudut hati ingin menimang anak sendiri secepat mungkin. Bila menonton drama dan filem cinta, alangkah sweet dan bahagianya kehidupan pasangan tersebut. Jangan terpedaya, kehidupan selepas berkahwin bukan lah sesuatu yang senang. Bahkan nak melangsungkan majlis perkahwinan itu sendiri sudah me merlukan kos yang amat banyak. Bukan admin nak takutkan pasangan diluar sana, hanya ingin kongsikan fakta realiti. Ye, tidak dinafi

Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam

Image
Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal".