15 TEMPAT PERCUTIAN DI MALAYSIA YANG WAJIB ANDA PERGI
1. Tubotel Langkawi
Tubotel Langkawi menawarkan suasana yang berbeza dengan hotel dan resort
di Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik
hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel seolah-olah seperti rakan
yang sudah kenal lama. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan
khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut
disediakan. Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel
menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung
akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran.
2. Tanah Aina Fahad
Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik
kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori
mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8
ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong,
Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan
diri dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar ini.
3. Time Capsule Retreat, Raub, Pahang
Anda sukakan suasana kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan
dalam masa yang sama inginkan satu pengalaman penginapan yang unik? Ya,
pengalaman ini boleh didapati di Malaysia apabila sebuah tempat
penginapan di buka di Sungai Lembing, Pahang iaitu Time Capsule Retreat.
Hotel ini boleh dikatakan agak sama dengan konsep TubeHotel di Mexico
di mana menggunakan konsep bilik hotel yang diperbuat daripada paip
pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka.
4. Casa Titik, Cherating, Pahang
Inginkan percutian yang tenang dan nyaman? Anda boleh ke Casa Titik,
Cherating, Pahang, sambil menikmati pantai, anda boleh menikmati
keindahan hijau yang segar. Menariknya Casa Titik ini menyediakan kolam
renang yang besar sesuai untuk anak kecil, restoran seafood juga banyak
di kawasan ini.
5. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
The Dusun memberikan suasana berlainan persis di Bali. Cuma The Dusun
mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama
Islam bermalam di sana.
6. Eight Acres, Raub, Pahang
Eight Acres adalah tempt percutian eco-friendly. Amat unit kerana ianya
berada di antara kebuh buah-buahan, kelapa sawit dan juga pokok getah.
7. Sekeping Serendah, Selangor
Ingin merasai suasana kediaman mewah di dalam hutan? Sekeping Serendah adalah jawapannya.
8. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Suasananya sama seperti The Dusun, The Shorea merupakan tempat percutian
tidak muslim friendly kerana anjing dibiarkan bebas di kawasan resort.
Resort ini sangat sesuai untuk anda yang dalam mood honeymoon ataupun
annivesary kerana di sini resort-nya sungguh nyaman dan mendamaikan.
9. Limastigai, Umbai, Melaka
LimasTigai di Umbai, Melaka ini hanya istimewa untuk pengunjung beragama
Islam sahaja. LimasTigai mengetengahkan konsep kampung moden yang
dilengkapi dengan kolam renang, sesuai untuk seisi keluarga dalam
bercuti.
10. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Desa Balqis memberikan suasana kampung zaman dahulu kala sangat nyaman,
lokasinya di tepi Selat Melaka jadi anda boleh melihat pemandangan
menarik.
11. Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu
Mendamaikan! Tenang! Itulah yang dapat digambar di resort Terrapuri
Heritage Village. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari Laut China
Selatan bakal buat anda relaks sepanjang hari.
12. D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahan
Resort yang memberikan suasana kampung dahulu kala, sungai yang bersih,
sesuai untuk seisi keluarga boleh bermanda-mandi di sungai tersedia.
13. Three Orchid Manukan Resort, Pulau Manukan, Sabah
Three Orchid Manukan Resort mempunyai sebuah pusat menyelam untuk mereka
yang gemarkan aktiviti menyelam. Terdapat juga bot dan ski jet untuk
disewa bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti parasailing dan
menunggang ski jet.
14. Borneo Highlands Resort, Kuching, Sarawak
Terletak di dalam hutan hujan tropika Borneo, resort ini menawarkan
bilik-bilik dengan hiasan Malaysia dan perabot kayu kedesaan. Sesuai
untuk honeymoon.
15. Dream World Resort, Kundasang, Sabah
Bagi para pelawat yang ingin menikmati sepenuhnya pengalaman di Taman
Negara Kinabalu, Dream World Resort merupakan pilihan tepat. Hanya
sejauh 100 km, hotel 3-bintang ini boleh diakses dengan mudah dari
lapangan terbang. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses
mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.
Comments
Post a Comment