Posts

Showing posts from March, 2015

"AKU DAH KAHWIN SEKARANG"

Image
  kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam. Jarang sangat dia bercakap dengan lelaki. Member2 memang puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. Segan dowh!! Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan lelaki.. Cantik? Memang la.. Kalu x, cornfirm aku x sangkut punyer  wink emoticon  . Cantik pada mata aku la. Member2 pun ade yang cuba usha. Sori la dia nak layan. Memang market habis dia ni. Last2, aku yang dapat. Memang rasa bangga sangat time tu.. Eh, duk ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol terpaksa dirahsiakan. Aku usha cara yang leklok la, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer. Pergh

Kisah Cinta Istana Syurga

Image
Maaf cerita ini ditulis panjang. Harap kalian sudi luangkan masa berharga kalian membaca cerita ini. Ada hikmah dan pengajaran :) *** “Kau nak pergi mana ni Aisyah, awalnya balik?” Aisyah tergesa-gesa mengemas barang ke dalam tas tangan. Telefon bimbit sesekali ditinjau menunggu mesej dari seseorang. “Wah mentang-mentang dah berpunya, lansung tak pandang aku sekarang eh?” “Tak lah Nas, aku nak balik cepat ni suami aku dah tunggu. Aku balik dulu, sorry sorry, bye !” Aisyah ketawa, tidak sabar untuk pulang. Tunggu saya balik awak! Aisyah singgah ke Restoran Salim untuk belikan makanan kegemaran suaminya. Lauk ayam masak sambal.  “Abang tak suka lah lauk ni, abang suka lauk merah merah.” Irshad mengenyitkan matanya sambil menjeling ke arah dapur. “Abang makan lauk tu ke? Semalam punya lah. Ya Allah abang, dah basi tahu tak?” Irshad terkedu. “Eh..ah..yeke? Nampak macam sedap je.”, lantas berlari ke tandas. Aisyah teringat lauk kegemaran suaminya

Samak atau Sertu?

﴿﷽﴾ In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful Muqaddimah ﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾  “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan” [al-Alaq : 1] ………………………………………………… Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d. Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan

Muslim Menyembah Ka'abah Sebagai Tuhan?

Image
  Soalan: Bukankah Islam itu melarang menyembah patung tetapi kenapa Muslim menyembah dan tunduk kepada Ka’abah dalam solat? Jawapan: Ka’aba adalah Qiblat , iaitu arah di mana Muslim menghadap ketika mereka solat. Perlu diingatkan bahawa Muslim tidak pernah sesekali menyembah Ka’abah , melainkan mereka hanya menyembah Allah Maha Satu. Berikut adalah beberapa pencerahan dan penerangan. (1) Islam Zaman Dahulu Pada Zaman Islam yang dahulu, Bilal iaitu orang yang melaungkan azan akan berdiri di atas Ka’abah untuk azan. Maka tidak logik bahawa seorang bilal yang dikatakan menyembah Ka’abah, berdiri dan memijak di atas Ka’abah iaitu Tuhannya? Jika Ka’abah itu Tuhan, kenapa memijak Tuhan? (2) Jahitan Gambar Ka’abah Atas Sejadah Jika anda lihat beberapa sejadah yang digunakan Muslim, terdapat gambar Ka’abah yang dijahit atasnya. Jika Ka’abah itu Tuhan yang disembah, kenapa diletakkan di atas lantai dan dipijak-pijak oleh kaki?  Setaraf dengan kaki? Penganut agam

Kisah Abu Talib…bapa saudara Rasullullah SAW

Image
Nabi Muhammad saw dijaga oleh bapa saudara, Abu Talib Bin Abdul Mutalib selepas kematian datuk kesayangan baginda!" Ini kerana baginda lebih banyak menghabiskan usia mudanya bersama Abu Talib, iaitu sejak berusia lapan tahun sehinggalah baginda menginjak dewasa dan mendirikan rumah tangga pada usia 40 tahun dengan wanita terkemuka Arab pada masa itu, Saidatina Siti Khadijah binti Khuwailid. Tentunya sepanjang di bawah penjagaan Abu Talib ini, merupakan kesinambungan satu sirah nabi yang menjanjikan pelbagai lagi inti pati pengajaran kepada umat Islam. Dan Abu Talib, adalah abang kepada bapa Nabi, Abdullah bin Abdul Mutalib. Nama sebenar beliau ialah Imran dan digelar Abu Talib kerana anak sulungnya bernama Talib iaitu hasil perkahwinannya dengan Fatimah binti Asad. Mereka dikurniakan anak-anak yang lain iaitu, Jaafar, Ali dan Aqil serta dua anak perempuan, Fakhitah dan Jumanah (Ummu Hani) binti Abu Talib. Abdullah Al Khazini dalam bukunya, " Abu Thal