Muslim Menyembah Ka'abah Sebagai Tuhan?
Soalan:
Bukankah Islam itu melarang menyembah patung tetapi kenapa Muslim menyembah dan tunduk kepada Ka’abah dalam solat?
Bukankah Islam itu melarang menyembah patung tetapi kenapa Muslim menyembah dan tunduk kepada Ka’abah dalam solat?
Jawapan:
Ka’aba adalah Qiblat, iaitu arah di mana Muslim menghadap ketika mereka solat. Perlu diingatkan bahawa Muslim tidak pernah sesekali menyembah Ka’abah, melainkan mereka hanya menyembah Allah Maha Satu. Berikut adalah beberapa pencerahan dan penerangan.

(1) Islam Zaman Dahulu
Pada Zaman Islam yang
dahulu, Bilal iaitu orang yang melaungkan azan akan berdiri di atas Ka’abah
untuk azan. Maka tidak logik bahawa seorang bilal yang dikatakan menyembah
Ka’abah, berdiri
dan memijak di atas Ka’abah iaitu Tuhannya? Jika Ka’abah itu
Tuhan, kenapa memijak Tuhan?
(2) Jahitan Gambar Ka’abah
Atas Sejadah
Jika anda lihat beberapa
sejadah yang digunakan Muslim, terdapat gambar Ka’abah yang dijahit
atasnya.
Jika Ka’abah itu Tuhan
yang disembah, kenapa diletakkan di atas lantai dan dipijak-pijak oleh
kaki? Setaraf dengan kaki?
Penganut agama mana yang akan memijak Tuhannya?
(3) Ka’abah Penyatu
Masyarakat Muslim
Ka’abah adalah arah di
mana seluruh Muslim di dunia menghala ketika mereka solat. Jika tiada Ka’abah,
ibadat mereka bersepah dan tidak teratur.
Ka’abah adalah suatu
tanda/arah untuk menyatukan umat Muslim agar mereka bersepadu dan berkumpul
menghala ke arah yang sama.
(4) Ka’abah Adalah Titik
Tengah Peta Dunia.
Muslim adalah golongan
pertama yang melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian Selatan
menghala atas dan bahagian Utara menghala bawah. Ka’abah adalah titik tengahnya.
Tetapi kemudian
kartografer barat (pelukis peta)melukis peta, cuma diterbalikkan sahaja di mana
Utara di atas dan Selatan di bawah. Dan Alhamdulillah, Ka’abah tetap di
tengah-tengah.
(5) Ka’abah Kawasan
Neutral
Sains membuktikan bahawa
Ka’abah adalah titik neutral dunia, di mana kompas bahkan tidak bergerak,
kerana mereka berada di kawasan sifar. Anda boleh merujuk saintis jika tidak
percaya kata saya. Sains telah buktikan.
Bahkan, burung-burung
tidak akan lalu di atas Ka’abah tetapi mereka akan mengelilingi
keliling Ka’abah semata-mata untuk melintas.
Sains juga telah buktikan,
bahawa terdapat satu gelombang infiniti di Ka’abah yang menghala kea rah
langit, dan gelombang ini tidak ada di tempat lain melainkan hanya di Ka’abah.
Konklusi:
Sekarang anda sudah tahu bahawa Muslim tidak menyembah Ka’abah, tetapi Ka’abah hanyalah arah mereka untuk beribadat. Hujah di atas mampu mematahkan pendapat bahawa Muslim itu menyembah Ka’abah. Tidak logik sekali hujah mereka.

Wallahu alam, Allah Lebih Mengetahui.
Comments
Post a Comment