Burung Tiong dan Sakaratul Maut
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sehingga kini kita masih lagi diberi kenikmatan untuk terus beribadah kepadaNya. Selawat dan salam diutuskan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat baginda. InsyaAllah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah cerita yang mungkin ada di antara kita sudah pernah mendengarnya. Namun, jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran dan muhasabah diri yang terbaik buat diri kita. Selamat Membaca! ********** Seorang guru agama sering bermain-main dengan seekor burung tiong yang tinggal di anjung rumahnya itu sejak kecil dan amat jinak dengannya. Selepas terbang mencari makan, burung itu kembali ke anjung rumah guru itu. Guru itu selalu menyebut kalimah syahadah dan akan diikuti oleh burung itu. Guru tersebut terhibur dengan gelagat dan kepetahan b