Berkat doa darinya
Ada
dua orang manusia ni..mereka terdampar di pulau yang berbeza, si A
terdampar di pulau A dan si B terdampar di pulau B. Mereka masing-masing
tak dapat nak pulang kerana tiada yang datang untuk menyelamatkan
mereka..terdampar la mereka berdua dalam keadaan yang lapar dan dahaga.
Pada
suatu hari, mereka menerima satu ilham dari Tuhan bahawa salah seorang
daripada doa mereka akan diterima mengikut keikhlasan hati
masing-masing. Maka si A dan si B berdoa siang dan malam untuk
memastikan doa mereka dimakbulkan..
Selepas
itu, setelah beberapa hari mereka berdoa..ada satu kapal datang
menghampiri pulau si A dan datang untuk menyelamatkan dirinya. Oleh itu,
si A pun di selamatkan dan di bawa pulang ke rumah..si A berbangga
kerana doanya dimakbulkan dan di terima ternyata dirinya ikhlas dalam
berdoa berbaanding si B yang tidak dimakbulkan doanya itu. Si A berasa
sangat bangga dan merasakan dirinya lebih disayangi oleh Tuhan.
Doa
si A : Ya Allah, berikanlah bantuan kepada ku untuk aku pulang ke
rumah. Berikanlah aku itu dan ini...dot..dot..dot.dot..(semuanya
berkisar tentang diri sendiri)
Doa si B : Ya Allah, kau makbulkanlah segala doa dan kemahuan si A. Amin..
Hakikatnya,
bukan doa si A yang dimakbulkan tetapi doa si B yang diterima oleh
Tuhan..kerana hatinya lebih ikhlas, tidak pentingkan diri sendiri dan
berdoa untuk orang lain. Si A pun terus dan berterusan berasakan dirinya
hebat dan disayangi oleh Tuhan..
P/s
: Kadang kala kita berjaya..bukan berkat doa kita sendiri. Mungkin
berkat doa ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, keluarga mahupun orang
lain. Mungkin juga bukan doa kita yang dimakbulkan oleh Allah, mungkin
juga doa mereka semua yang diterima..oleh itu, kita tak boleh riak dan
lupa daratan. Barangkali, mungkin seumur hidup ini..semua kejayaan
datangnya berkat daripada doa orang lain. Mungkin!!
{ cerita kat atas tu ada pengubahsuaian daripada saya sikit, jalan cerita asal macam dah lupa sikit-sikit :) }
Doa orang yang cepat dimakbulkan dan doa yang tidak dimakbulkan
Comments
Post a Comment