Kisah
seorang mujahidah sejati. Sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ini..
Benar, syukri sebak bila membacanya. Hayati dan renung-renungkan
bersama. Inshaallah. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah semoga roh
arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang solehah di
sisi Allah. Aminn.
KHAMIS, 24 JANUARI 2013
RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Hasil
penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu
kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita
memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
_____________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami
dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke
Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita
kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar
dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat
lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah
kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan
mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan
dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan
Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan
darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera
diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air
tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub.
Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang
tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke
atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas
Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia
tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya.
Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan
sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam
biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata
pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap
dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata
sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita
ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai
yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan
pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah
jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang
menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan
dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa
rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan
Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak
mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor
dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan
dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia.
Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga.
Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak
tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu
mereka.
Solat
Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke
siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan
kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan
Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia
ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai
kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa
dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi
semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan
pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia
dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan
dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan
menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2
amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan
keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya
berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan
situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan
sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan
QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana
ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil
kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya
hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang
dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap
hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan.
Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang
maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir
yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita
mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA
mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada
rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi
tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan
yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa
menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya
kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi
tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan
bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur.
Pasti ade hikmahnya.
Malam
itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar
tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau
tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia
jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut
SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan,
kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah
siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk
makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak
tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin
lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas.
Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan
diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup
dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang
menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema
mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula.
Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak
membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2
suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan
tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi
bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila
dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami
memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana?
Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu
keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh
bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3
kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan
terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula
menurun.SUBHANALLAH.
Hari
dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah.
Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah
tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah,
ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum
manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.”
Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa
nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu.
Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia
malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk
dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya,
sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa
saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah
pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin
kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk
hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria,
makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an..
Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan
pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya
agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata,
“Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan
hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada
hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak
Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut
kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan
larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak,
ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di
sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam
zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam
zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia
kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam
zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak,
Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya,
dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan
tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya
telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa
pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal
semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian
dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu.
Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari
rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah
benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi
menolong.
Bila
Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis.
“Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak.
Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive.
Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak
jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu
lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2
doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula
mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai
solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung.
Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin
dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul
muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air
zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah
berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan
tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang
maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat.
Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat
sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya
pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di
Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan
Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata,
“Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak
muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak
muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang
malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain
menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila
reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut
akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak
dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan
dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya
pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan
computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak
menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih
sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal
keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak
mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan
rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”.
Angguk.
Walaupun
perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan
air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk
akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun
rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang
adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar
tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak
tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk
adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia
minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar
pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta
digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada
dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami
tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah,
senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak
tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan
melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH.
Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa
berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah
bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah
menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi
kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan .
Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan
sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang
gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar
tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas
waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak
menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke
perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter
cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan
itu diketahui.
Demam
lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke
semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha
ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat
sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan
dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni ,
mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi
Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam
hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong
beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang
asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat
dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa,
dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap.
Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya
tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi.
Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan
lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan
beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah
mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah.
Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi
akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah
datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia
kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas.
Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar
datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang
topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati
saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk
pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran
tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar
segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin
pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk
dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2
lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami
dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus.
Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk
solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan
CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin
biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas
kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa
nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun
jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1%
sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta
pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor
pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil
diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang
lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan
mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran
pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan
nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan
berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami
mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami
dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut.
Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun
sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil
kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi
sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis
darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana
toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain.
Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak.
Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana
keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan
boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama
tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang
rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil
keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya
besar.
Tak
lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang
benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar
stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus
itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI
MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling
selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan
lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung
terhenti lagi.
Doktor
bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa
akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak
saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan
mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi
etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit,
tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin
pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu
bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas
itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan
menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi
meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak
putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2
ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi
itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat
kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut
anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan
meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah
sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA
ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami
berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan
akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia
kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU
yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti
Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu
ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir
memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan
mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih
kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan
dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap
tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya..
Al-Fatihah ..
#moga2
malaikat menjemput kita dalam keadaan Allah redha kepada kita (
husnulkhotimah ) InsyaAllah =') Jom Bertaubat .. keindahan syurga lebih
jauh hebat berbanding di dunia .. ='D
Comments
Post a Comment