Putus Cinta Bukanlah Pengakhiran Segalanya
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
Putus Cinta Bukanlah Pengakhiran Segalanya
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?Baca artikel: Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini
memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin
dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya.
Ia adalah satu permulaan yang baik
jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar
menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari
Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun
belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah,
pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita
cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang
kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Comments
Post a Comment