Cinta yang diredhai Allah ( cerita pendek )
Hari nie ana nak share satu cerita .. cerita pe ? haaa .. cite yg menarik , sedikit panjang .. namun , ada bnyak pengajaran yang kita dapat dari cerita nie .. kisah ini menceritakan tentang cinta selepas kahwin .. cinta yang diredhai Allah .. menarik dan sedih .. =') .. tapi sedikit panjang .. btw , jom kita hayatinya .. InsyaAllah ..
Dia duduk menghadap
laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah
menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro
itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk
waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah
khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita
jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak
sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa
betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.
Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok
tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing
syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana
perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas
subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit
syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je,
abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni.
Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta
isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak
enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah
aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila.
Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam
cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam
mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari
dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah
pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak.
Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri
bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.”
Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan
t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya
harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar
radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari
tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je
jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di
belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di
hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah
pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya
ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok
ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira.
Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene
halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah
bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni
dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap
dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin
kereta di matikan.
*************
Malam itu Aiman
duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi
ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama
kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi.
Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku
tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau
dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti
ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat
kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi,
jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras
Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah
mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau
jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu.
Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia
senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.
“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat
macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba
pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara
Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak
reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa.
“salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut
dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk
di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang
pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia
pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa.
Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran
abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak
faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman
senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak
tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah
yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak
makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai
bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu
tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki
bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam
itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum
mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana
ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab
apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya
abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa
bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu
je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan
membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah
senyum.
*************
“huish masin.”
Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.
“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
“okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..”
komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur
awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam
itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap
pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang
pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah
senyum. Dah ada perubahanlah abah !
*************
“ustaz.” Panggil
Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz
itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi
sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar
agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi
Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki
separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada
lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda
kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa
di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman
ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah
mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan
kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan
ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu
berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam
tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di
situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
*************
Sudah dua hari
Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir
sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya
dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia
menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga
surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang
tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak
saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang
jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha,
lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang
pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya
bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata
Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman
tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”
Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang
sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum
tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur
sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga
pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu
beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa
dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.”
Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman
isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman
mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap
bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman
seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak..
abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru
perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik
kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun
duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman
menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu
kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak
pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah
menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang,
nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa
itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam
budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa
benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa
dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang
best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita
tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen
Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu
itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan
sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap
Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak
sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah
senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam
untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin
selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong
langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”
Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita
tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita
membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka
melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam
pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta
kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia
menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr..
awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan
Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la.
Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak,
dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang
Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh..
haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke
bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan
tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli
tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan
terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata.
Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran.
Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya
bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik
tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa
sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak.
Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada
Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar
buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai
buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan
wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu
baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah.
Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt
berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan
tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb!
Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk
lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
*************
Aiman sibuk
membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok
hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa
Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan
sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya
belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur
lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite
abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari
suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman
membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak
mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ –
isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman
mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di
sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas
meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu
melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir
Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia
seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul.
Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa
ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk.
Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah
atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat
hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi
mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat
masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu
joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam
mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana
dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak
peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat
itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah
Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau
sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala
talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu
masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang
ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia.
*************
“Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang
iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur,
tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan
kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan
dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam
tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah
sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali
tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu
masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang
abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang
kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di
pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang
membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru
selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang
dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana
nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas
sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa
melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai
hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak
ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang
lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak
Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.”
Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang
solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan
kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah
tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman
bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba
abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik
dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala
sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat
bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak
berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah
abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan
along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada
kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup
nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA
ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali
r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur
dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1)
Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian
yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali,
bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2)
Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka
bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu
duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet
sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota
kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah
bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah
meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api
neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia
tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada
wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa.
Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar
semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah,
dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu
dulu… sekarang lain…
*************
Assalammualaikum,
abang dah makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu dan senyum. Dia
tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi
still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya
itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman Lepas
beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada
projek yang masuk. – Aiman Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka
rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan
tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. –
Aiman.
*************
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam.
Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh
kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada
hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya
Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak
moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan
lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air
matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir
melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya
tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan
tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.”
mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan
uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi,
umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur
alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami
balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di
turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
*************
“saya sayang
abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk
pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang
awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah
memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara
je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan
mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita
suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin
lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah
yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal
Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula
rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu
makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba ,
Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah
selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.”
Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak
serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas
je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka
matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai
berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap
Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini,
dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama
hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum turun dari
katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke
reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi.
Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai
dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta
maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”
Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya
selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah
dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi
isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut
abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak
sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti
abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan
senyum. “sayang awak juga.”
************
Aiman memasukkan
keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak.
Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar
pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat
dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua
makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut
Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!”
jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan
pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada
orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia
yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
*************
Aiman
terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia
terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke
kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah
macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha,
ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk
ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi
mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat
abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota
polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan
air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai
macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar.
Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan
alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang
gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh
adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis.
Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa
dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah
izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga
dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang.
Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman,
kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan
Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi
kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum
terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata
muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman
tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni.
banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok
kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang
baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta
tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada
warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.
warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya
terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya. Allah…
*************
Belajar DIAM
dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar
KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar
REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu
keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya
itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk
kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih
Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran
tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah
memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman
tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak
bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran
berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu
Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di
depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar
sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia
nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman
melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah
lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah
hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di
tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman
mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya
lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran
menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di
tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click
sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan
Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di
ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia
menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman
menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3
itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu
ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”
kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu.
Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar
tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi.
Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya
puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu,
hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang
di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.
Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan
Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman
turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal
bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia
senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu.
“nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman
bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
*************
Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir.
Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid.
Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah
itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum.
Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak
cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk.
Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman
menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan
bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur
baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum
tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah,
rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring
ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang
seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum
memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam
tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup.
Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.
*************
Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat
mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato.
Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin
tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia
tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu
saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata
isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di
bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum
– alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua
benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan
apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran
yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga
dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak
tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah
di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah
indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang
indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti
syurga atau neraka yang menanti. wallahualam.
Comments
Post a Comment