Smart Highways: Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik Anda =D
Jalan yang boleh
menyala dalam gelap dan mungkin pada suatu hari mampu mengecas kereta
elektrik anda telah ditetapkan untuk diperkenalkan di Belanda mulai
tahun hadapan.
Jalan yang dikenali sebagai "Smart Highways"
ini telah diumumkan minggu lepas pada Minggu Reka Bentuk Belanda dan
akan menggunakan teknologi terkini. Menurut pereka nya, ia akan menjadi
sebuah jalan yang "lebih mampan, selamat dan intuitif."
Syarikat-syarikat
di sebalik projek ini berkata, matlamat mereka adalah untuk menghidupkan
sebuah inovasi laluan pengangkutan biasa dengan memberi tumpuan kepada
jalan raya itu sendiri berbanding kenderaan yang menggunakannya.
Idea ini mungkin
telah ketinggalan beberapa tahun ke belakang, namun mulai tahun hadapan,
jalan raya di seluruh Belanda akan dicat dengan garisan yang diperbuat
daripada serbuk foto-pendarkilau yang boleh menyerap cahaya teknologi
untuk menerangi jalan raya sehingga 10 jam semalaman.
Satu lagi teknologi
yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan juga adalah cat dinamik yang
responsif terhadap suhu yang akan membuat kan kristal ais boleh dilihat
oleh pemandu apabila cuaca sejuk membuatkan jalan menjadi licin.
Walaubagaimana pun, masih belum ada lagi maklumat mengenai lorong kenderaan yang boleh mengecas kenderaan elektrik sewaktu membuat perjalanan, itu berkesan.
Studio Roosegaarde berkata dalam satu kenyataan, "Daripada memberi tumpuan kepada kereta untuk berinovasi, kami, Daan Roosegaarde dan Heijmans akan menginovasi jalan raya itu sendiri."
"Reka bentuk inovatif seperti jalan yang boleh menyala dalam gelap, cat dinamik, cahaya interaktif, Induction Priority Lane dan cahaya angin akan dapat direalisasikan dalam tempoh 5 tahun yang berikutnya."
"Matlamat jalan raya ini adalah untuk membina sebuah jalan raya yang lebih mampan dan interaktif dengan menggunakan pencahayaan interaktif, tenaga pintar dan tanda-tanda jalan yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas tertentu."
p/s: Daripada bazir duit untuk kamera perangkap laju AES yang kononnya nak menjaga keselamatan pengguna, lebih baik guna duit tu untuk baik pulih jalan raya macam diorang ni..Lebih memberi manfaat dan selamat kepada pengguna =D
Comments
Post a Comment